BANDARAYA WARISAN PERSISIR AIR

BAZZAR WARISAN

Ini adalah kompleks muzium terbesar di Asia Tenggara, dengan menempatkan empat blok utama selain mempunyai muzium maritim dan lima rumah tradisional.
Ia dibina dengan landskap taman yang indah, dan mengembalikan kegemilangan Terengganu yang kaya dengan sejarah budaya yang kekal sehingga ke hari ini.
Terletak di atas 27 hektar tanah di Bukit Losong, Kuala Terengganu, kompleks ini menyerlahkan senibina yang menarik mendapat inspirasi dari istana lama di Terengganu.
Ia menempatkan sebuah muzium utama, muzium maritim, muzium perikanan, empat rumah tradisional, dan taman botani serta taman ulam.
Muzium utama mempunyai galeri yang mempamerkan tekstil, teknik anyaman, senjata tradisional, perkembangan petroleum, seni Islam dan banyak lagi.
Tips
Kaunter tiket terletak di Jeti Shahbandar, berhadapan Pejabat Pos Utama. Harga tiket ialah RM 5 seorang.
Pengangkutan
Kereta
Mereka yang ingin memandu sendiri ke Muzium, harus mengambil laluan ke Kampung Losong yang terkenal dengan pembuatan keropok lekor. Muzium itu dapat dilihat di atas Bukit Losong.
Bas
Hanya 15 minit perjalanan menggunakan bas dari stesen bas MBKT ke Muzium atau Losong.
Teksi
Dari Stesen Teksi Kuala Terengganu, perjalanan hanya 10 minit untuk ke muzium.
Talian Untuk Dihubungi
Pejabat Tourism Malaysia Negeri Terengganu, Tingkat 5, Menara Yayasan Islam Terengganu, Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu. Tel: +609-622 1433 / 1893 Faks: +609-622 1791
Penginapan
KUALA TERENGGANU 1 Jan —Kuala Terengganu, Ibu Negeri Terengganu pada hari ini telah secara rasmi diisytihar menjadi Bandar Raya, yang ke-12 di negara ini, dengan pihak berkuasa tempatannya dikenali sebagai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
Dengan ini Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan majlis pengisytiharan itu di Istana Maziah di sini, kira-kira 8.30 pagi.
Upacara majlis perisytiharan bermula apabila Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Azizah Mohd Dun mempersembahkan watikah perisytiharan MBKT sebagai Bandaraya Warisan Persisir Air kepada Tengku Muhammad Ismail yang kemudiannya menyerahkan Surat Cara kepada Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.
Serentak dengan itu, Idris kemudiannya mengadap Pemangku Raja Terengganu serta membaca Surat Cara pelantikan Datuk Mat Razali Kassim sebagai Datuk Bandar Kuala Terengganu sebelum baginda berkenan mengalungkan Kalung Jawatan serta menyerahkan Cokmar kepada Mat Razali.
Di lantik Mat Razali sebagai Datuk Bandar Kuala Terengganu yang pertama kemudiannya mengadap dan melafazkan penerimaan jawatan serta mempersembahkan ikrar setia.
Ketika ditemui selepas majlis itu, Idris berkata, warga kota baru itu akan mendapat faedah yang lebih dan kehidupan yang lebih baik serta berkualiti setelah Kuala Terengganu menjadi bandar raya.
“Apabila menjadi bandar raya, peluang perniagaan dan pekerjaan akan bertambah kerana peruntukan untuk kemudahan awam akan ditambah seperti pembinaan jejambat, jambatan dan jalan-jalan baru bagi mengurangkan kesesakan jalan raya,” kata beliau.
Mengenai pelantikan Mat Razali, Idris berkata, Datuk Bandar itu perlu lebih bertanggungjawab untuk melaksanakan kehendak warga bandar raya.
“Datuk Bandar perlu lebih tegas dalam menjalankan tugasnya serta mengetahui visi apakah itu bandar raya serta dapat memenuhi kehendak penghuninya. Saya percaya Mat Razali mampu menjalankan tugas dengan baik berdasarkan pengalaman luasnya sebagai pegawai tadbir negeri (JUSA C),” katanya.
Mat Razali pula berkata, pelantikannya itu bukan satu keistimewaan sebaliknya ia merupakanan amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Beliau berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab itu dengan penuh dedikasi bagi memajukan Kuala Terengganu yang merupakan bandar raya pertama di Pantai Timur.
Mat Razali, 53, yang dilahirkan di Kuala Berang, sebelum ini merupakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) dan berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Dikenali sebagai 'Masjid Terapung', senibinanya gabungan pengaruh moden dan 'Moor'. Ia kelihatan unik dan cantik pada malam hari. Masjid Tengku Tengah Zaharah dibina di atas pelantar terapung, memberikan ia sudut unik.
Ia terletak di sungai Terengganu dan salah satu senibina moden hasil salah seorang putera Di Raja Terengganu. Masjid putih berkilauan turut menjadi ikon baru dalam senibina Islam di negara ini.
Malah, pembinaan masjid ini turut memuatkan ciri setempat dengan penggunaan batu marmar, seramik dan bomanit.
Pembinaan masjid ini sebenarnya adalah inspirasi Almarhum Sultan Terengganu, Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Masjid ini dinamakan sempena ibunya, Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja.Kedamaian masjid ini turut terserlah dengan keindahan Laut China Selatan, menjadikan ia suatu destinasi pelancongan yang menarik di Terengganu.
Tips
Masjid ini terletak di Teluk Ibai, hanya 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu dan berdekatan dengan kawasan pantai Terengganu.
Pengangkutan
Bas, Kereta
Masjid ini terletak di Jalan Sultan Mahmud, kira-kira 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Dari bandar Terengganu, anda perlu mengikut arah ke selatan menuju head Marang atau Kuantan menggunakan bas, atau memandu kereta. Setelah kira-kira 6 - 8 km, anda akan dapat melihat masjid di tepi jalan di sebelah kiri.
Talian Untuk Dihubungi
Hubungi Pusat Maklumat Pelancongan Terengganu di talian: 609-622 1553 Faks: 609-622 1957
Dibina dengan senibina Perancis, Istana DiRaja ini menjadi kediaman rasmi pemerintah negeri terdahulu. Kini, ia digunakan sewaktu upacara rasmi DiRaja atau majlis keraian rasmi negeri.Terletak di Bukit Puteri di Kuala Terengganu, istana ini menjadi kebangaan rakyat negeri Terengganu. Ia masih digunakan untuk acara rasmi seperti pertabalan Sultan Terengganu, perkahwinan, serta meraikan kenamaan rasmi kerajaan negeri.
Istana Maziah sebenarnya dibina untuk menggantikan Istana Hijau yang terbakar dahulu. Istana Hijau dibina sewaktu pemerintahan Sultan Omar pada 10 Mac, 1870.
Arkitek pembinaan Istana Maziah ialah Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil. Dia adalah saudara kepada Sultan Zainal Abidin III. Beberapa orang lain turut berjasa dalam menyediakan pelan dan menyiapkan Istana Maziah, iaitu Engku Besar Paduka Raja Sayyid Abdullah bin Zin Al-Idrus, Muhammad bin Abdul Rahim (Encik Mat), dan Dato’ Mata-Mata.
Bekalan kayu untuk membina istana datang dari Dungun dan diselia oleh Tengku Panglima Besar Tengku Muda Kechik. Bekalan batu-bata dan kapur pula diuruskan oleh Tengku Besar Paduka Indera.
Istana Maziah pada asalnya dibina dengan menggunakan campuran bahan binaan iaitu kapur, tanah liat, garam pasir, putih telur dan gula. Hampir 20 tukang kayu keturunan Melayu dan Cina bertanggungjawab dalam pembinaan Istana Maziah ketika itu.
Beberapa pengubahsuaian turut dilakukan sepanjang zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920 -1942) dan Sultan Ismail Nasiruddin Shah (1945- 1979). Tambahan turut dibuat ke atas istana pada 1972 dan 1998.
Tips
Istana Maziah adalah kediaman rasmi Sultan Terengganu. Ia terletak di Bukit Puteri, Kuala Terengganu, Terengganu.
Pengangkutan
Kapal terbang, kereta, bas atau teksi
Anda boleh ke Istana Maziah menggunakan Jalan Zultan Zainal Abidin atau Jalan Hiliran. Untuk ke Terengganu, anda boleh menggunakan kapal terbang, kereta, bas atau teksi.
Penginapan
Terdapat pelbagai kemudahan penginapan di sekitar Kuala Terengganu untuk kemudahan pengunjung ke sini.
Pasar Pusat yang dikenali sebagai Pasar Payang terletak di tepi Sungai Terengganu dan merupakan salah sebuah destinasi pelancong yang paling terkenal di Kuala Terengganu. Pasar yang terletak di dalam sebuah bangunan moden ini menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket, kain brocade and barangan logam serta sayur-sayuran yang segar.
Pelawat yang berkunjung ke pasar ini tentu seronok membeli barangan tempatan di sini pada harga yang murah. Pasar ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk memerhati dan memahami budaya di sini sambil memerhati penduduk tempatan sibuk membeli-belah di sini.
Tips
Sewaktu di sini, cubalah menjamu selera dengan hidangan tempatan istimewa - Keropok Lekor - keropok rangup yang dibuat dari campuran ikan dan tepung sagu. Keropok ini lazimnya dimakan bersama sos cili. Sungguh enak!
Pengangkutan
Jalan Kaki atau Teksi
Pasar Payang terletak di tengah bandar Kuala Terengganu dan mudah untuk ke sini walau di mana anda menginap.
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian : +609-622 1433 / 1893
© Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP