Kalau hadapi simptom Selesema, Batuk, Demam, Sukar Bernafas, Pening Kepala, Sakit Tekak mungkin anda H1N1...Minum air Isotonik seperti 100Plus, Susu dan Buah-buahan terutama Oren, Epal hijau. Makan makanan yang di buat dari buah kerana pihak HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR, telah menjalankan kajian, bahawa minuman segar mampu membersihkan atom-atom H1N1, sambil berdoa.

KUALA TERENGGANU DAHULU

KUALA TERENGGANU SEKARANG

Tuesday, June 16, 2009

Perasaan dan Emosi

Pengenalan

Perasaan dan emosi seperti tangisan, sedih, takut dan gelak ketawa mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah kehidupan seseorang manusia. Perkataan emosi ini berasal daripada perkataan Greek “emovere” yang membawa maksud “untuk keluar”. Maka untuk itu, emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang.


Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi46. Perubahan ini melibatkan satu set tindak balas automatik, viseral iaitu meluap-luap dan komunikasi emosi seperti ekspresi muka, perkataan, isyarat dan tingkah laku lain yang dipaparkan oleh seseorang itu. Manusia yang normal dilihat sebagai individu manusia yang mengalami situasi yang pelbagai dan berkehendakkan reaksi bagi melahirkan emosi yang juga berbeza.

(Kecerdasan intelektual (IQ) lazimnya membolehkan seseorang belajar di universiti atau pun memegang jawatan profesional. Bagaimanapun, ia bukanlah satu jaminan yang seseorang manusia yang memiliki IQ yang tinggi akan sejahtera dalam hidup.)

Kecerdasan intelektual (IQ) membolehkan seseorang untuk belajar di universiti dan kolej atau pun memegang jawatan profesional. Bagaimanapun, ia bukanlah satu jaminan yang seseorang manusia yang bijak dan pandai akan sejahtera dalam hidup. Kemahiran mengawal dan menggunakan emosi (EQ) secara bijak sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam menjamin kesejahteraan hidup seseorang.

Sejak Goleman47 menerbitkan bukunya yang berjudul “The Emotional Intelligence”, ramai pengkaji mula menunjukkan minat terhadap penyelidikan di bidang yang baru ini. Para pengkaji cuba memahami bagaimana kecerdasan emosi dapat bergabung tenaga dengan kecerdasan akal bagi menentukan kejayaan dan keharmonian sesebuah kehidupan manusia.

Selama ini, ramai yang menganggap bahawa jika seseorang individu itu memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi, maka individu itu akan memiliki peluang untuk meraih kejayaan yang lebih baik berbanding dengan yang lain. Bagaimanapun, terdapat banyak kes di mana seseorang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi tersisih daripada orang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang lebih rendah. Ini membuktikan bahawa kecerdasan intelektual yang tinggi tidak menjamin seseorang itu akan meraih kejayaan dalam hidupnya.

Sebaliknya, kecerdasan emosi didapati dapat mengurangkan jurang penyisihan ini. Kecerdasan emosi boleh dikembangkan seumur hidup melalui proses pembelajaran. Kecerdasan emosi lahir seiring dengan pertumbuhan seseorang individu sejak lahir sehinggalah beliau meninggal dunia. Pertumbuhan kecerdasan emosi dipengaruhi oleh keluarga, lingkungan persekitaran dan contoh-contoh pengalaman yang diperolehi seseorang sejak lahir dari kedua ibu bapanya. Kecerdasan emosi mempunyai kaitan dengan pelbagai aspek yang dirasakan semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia yang semakin moden dan maju kini 48. Antara aspek kecerdasan emosi yang semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia kini adalah seperti berikut:-

Empati iaitu memahami orang lain secara mendalam

Mengungkapkan dan memahami perasaan

Mengendalikan amarah

Kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari

Kemampuan untuk menyesuaikan diri

Disukai oleh orang lain

Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara mereka yang berada di sekeliling

Semangat setiakawan

Keramahan

Sikap hormat-menghormati


(Kecerdasan emosi bermula sejak kecil dan dengan itu, ibu bapa memiliki peranan terpenting dalam membina kecerdasan emosi anak-anak.)

Kecerdasan emosi bermula sejak kecil dan dengan itu, ibu bapa memiliki peranan terpenting dalam membina kecerdasan emosi anak-anak. Mereka harus mengajar, mendidik serta membimbing anak-anak tentang kecerdasan emosi dengan memberikan contoh teladan yang baik. Bagi membolehkan anak-anak memiliki kecerdasan emosi yang tinggi49, ibu bapa seharusnya mengajar dan menerapkan dalam diri anak-anak beberapa aspek seperti berikut:-

Membina hubungan persahabatan yang baik dan harmonis

Bekerja dalam kumpulan secara harmonis

Berbicara dan mendengarkan secara efektif

Mencapai prestasi yang lebih tinggi sesuai dengan aturan yang ada (jujur)

Mengatasi masalah dengan teman yang nakal

Berempati antara satu sama lain

Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara peribadi ketekunan

Mengatasi konflik

Membangkitkan rasa humor atau jenaka

Memotivasikan diri apabila menghadapi saat-saat yang sulit dan genting

Menghadapi situasi yang sulit dengan percaya kepada diri sendiri

Menjalin keakraban


Jika dilihat di dalam konteks pendidikan di Malaysia, penyelidikan dan kajian tentang kecerdasan emosi masih kurang dilakukan. Pembelajaran sosial dan emosi dalam kurikulum di sekolah-sekolah Malaysia dilaksanakan secara tidak langsung dan ia tidak dijadikan sebagai satu subjek atau perkara yang khas (Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 1983).

Pada kebiasaannya, beberapa andaian wujud di mana kemahiran-kemahiran sedemikian diperoleh oleh para pelajar melalui kurikulum terselindung yang disampaikan oleh guru-guru secara tidak langsung. Namun, terdapat beberapa mata pelajaran seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral yang dijadikan subjek utama bagi memenuhi perkembangan yang berkesan pelajar-pelajar di Malaysia.

Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik yang hidup dalam suasana yang aman dan harmoni. Untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian ini akan sentiasa berterusan, faktor emosi perlulah dikawal dan dijaga sentiasa. Kecerdasan emosi pelbagai etnik hendaklah sentiasa diberi penekanan dan dikawal dari kecil lagi. Begitu juga perbezaan antara gender iaitu lelaki dan perempuan.

Menurut Patricks dan Furnham50, pelajar perempuan mempunyai pencapaian kecerdasan emosi yang tinggi jika dibandingkan dengan pelajar lelaki dalam kemahiran sosial. Namun, ia berbeza dengan pertimbangan jangkaan diri atau self-estimated di mana pelajar lelaki memiliki pencapaian kecerdasan emosi yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan.
Walau bagaimanapun, hasil kajian ini berbeza dengan yang diperoleh daripada Kyung Hee51. Pelajar perempuan mempunyai pencapaian kecerdasan emosi yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan pelajar lelaki dalam tiga faktor kecerdasan emosi iaitu empati, penggunaan emosi dan perhubungan sesama rakan sebaya.

Menurut Curtis52 pula, apabila emosi diajar dan ditekankan dengan pembelajaran yang berkaitan dengan kecerdasan emosi melalui kaedah rawatan, perubahan yang lebih baik dari keadaan sebelumnya berlaku dalam diri pelajar-pelajar. Perubahan berlaku walaupun pelajar-pelajar berada di dalam tiga kelas yang berbeza iaitu kelas Pengajian Sosial/English Moden, kelas Psikologi dan kelas sukarelawan pelajar pintar. Menurut Curtis lagi, kelas bimbingan diadakan dan hasilnya wujud peningkatan dalam pengurusan emosi.

Oleh : Azromihana binti Azmi (azromihana@yahoo.com)


0 comments:

BANDARAYA WARISAN PERSISIR AIR

BANDARAYA WARISAN PERSISIR AIR

MUSEUM TERENGGANU

BAZZAR WARISAN

BAZZAR WARISAN
Dah lama tak tekan butang-butang tu....

Kuala Terengganu

Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU DIISYTIHAR BANDARAYA

KUALA TERENGGANU 1 Jan —Kuala Terengganu, Ibu Negeri Terengganu pada hari ini telah secara rasmi diisytihar menjadi Bandar Raya, yang ke-12 di negara ini, dengan pihak berkuasa tempatannya dikenali sebagai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Dengan ini Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan majlis pengisytiharan itu di Istana Maziah di sini, kira-kira 8.30 pagi.

Upacara majlis perisytiharan bermula apabila Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Azizah Mohd Dun mempersembahkan watikah perisytiharan MBKT sebagai Bandaraya Warisan Persisir Air kepada Tengku Muhammad Ismail yang kemudiannya menyerahkan Surat Cara kepada Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.

Serentak dengan itu, Idris kemudiannya mengadap Pemangku Raja Terengganu serta membaca Surat Cara pelantikan Datuk Mat Razali Kassim sebagai Datuk Bandar Kuala Terengganu sebelum baginda berkenan mengalungkan Kalung Jawatan serta menyerahkan Cokmar kepada Mat Razali.

Di lantik Mat Razali sebagai Datuk Bandar Kuala Terengganu yang pertama kemudiannya mengadap dan melafazkan penerimaan jawatan serta mempersembahkan ikrar setia.

Ketika ditemui selepas majlis itu, Idris berkata, warga kota baru itu akan mendapat faedah yang lebih dan kehidupan yang lebih baik serta berkualiti setelah Kuala Terengganu menjadi bandar raya.


“Apabila menjadi bandar raya, peluang perniagaan dan pekerjaan akan bertambah kerana peruntukan untuk kemudahan awam akan ditambah seperti pembinaan jejambat, jambatan dan jalan-jalan baru bagi mengurangkan kesesakan jalan raya,” kata beliau.

Mengenai pelantikan Mat Razali, Idris berkata, Datuk Bandar itu perlu lebih bertanggungjawab untuk melaksanakan kehendak warga bandar raya.


“Datuk Bandar perlu lebih tegas dalam menjalankan tugasnya serta mengetahui visi apakah itu bandar raya serta dapat memenuhi kehendak penghuninya. Saya percaya Mat Razali mampu menjalankan tugas dengan baik berdasarkan pengalaman luasnya sebagai pegawai tadbir negeri (JUSA C),” katanya.

Mat Razali pula berkata, pelantikannya itu bukan satu keistimewaan sebaliknya ia merupakanan amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Beliau berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab itu dengan penuh dedikasi bagi memajukan Kuala Terengganu yang merupakan bandar raya pertama di Pantai Timur.


Mat Razali, 53, yang dilahirkan di Kuala Berang, sebelum ini merupakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) dan berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Masjid Tengah Tengku Zaharah

Masjid Tengah Tengku Zaharah

Masjid Terapung

Dikenali sebagai 'Masjid Terapung', senibinanya gabungan pengaruh moden dan 'Moor'. Ia kelihatan unik dan cantik pada malam hari. Masjid Tengku Tengah Zaharah dibina di atas pelantar terapung, memberikan ia sudut unik.

Ia terletak di sungai Terengganu dan salah satu senibina moden hasil salah seorang putera Di Raja Terengganu. Masjid putih berkilauan turut menjadi ikon baru dalam senibina Islam di negara ini.

Malah, pembinaan masjid ini turut memuatkan ciri setempat dengan penggunaan batu marmar, seramik dan bomanit.

Pembinaan masjid ini sebenarnya adalah inspirasi Almarhum Sultan Terengganu, Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Masjid ini dinamakan sempena ibunya, Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja.Kedamaian masjid ini turut terserlah dengan keindahan Laut China Selatan, menjadikan ia suatu destinasi pelancongan yang menarik di Terengganu.

Tips

Masjid ini terletak di Teluk Ibai, hanya 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu dan berdekatan dengan kawasan pantai Terengganu.

Pengangkutan

Bas, Kereta

Masjid ini terletak di Jalan Sultan Mahmud, kira-kira 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Dari bandar Terengganu, anda perlu mengikut arah ke selatan menuju head Marang atau Kuantan menggunakan bas, atau memandu kereta. Setelah kira-kira 6 - 8 km, anda akan dapat melihat masjid di tepi jalan di sebelah kiri.

Talian Untuk Dihubungi

Hubungi Pusat Maklumat Pelancongan Terengganu di talian: 609-622 1553 Faks: 609-622 1957

Istana Maziah Kuala Terengganu

Istana Maziah Kuala Terengganu

Istana Mariah Kuala Terengganu

Dibina dengan senibina Perancis, Istana DiRaja ini menjadi kediaman rasmi pemerintah negeri terdahulu. Kini, ia digunakan sewaktu upacara rasmi DiRaja atau majlis keraian rasmi negeri.Terletak di Bukit Puteri di Kuala Terengganu, istana ini menjadi kebangaan rakyat negeri Terengganu. Ia masih digunakan untuk acara rasmi seperti pertabalan Sultan Terengganu, perkahwinan, serta meraikan kenamaan rasmi kerajaan negeri.


Istana Maziah sebenarnya dibina untuk menggantikan Istana Hijau yang terbakar dahulu. Istana Hijau dibina sewaktu pemerintahan Sultan Omar pada 10 Mac, 1870.

Arkitek pembinaan Istana Maziah ialah Tengku Chik Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil. Dia adalah saudara kepada Sultan Zainal Abidin III. Beberapa orang lain turut berjasa dalam menyediakan pelan dan menyiapkan Istana Maziah, iaitu Engku Besar Paduka Raja Sayyid Abdullah bin Zin Al-Idrus, Muhammad bin Abdul Rahim (Encik Mat), dan Dato’ Mata-Mata.

Bekalan kayu untuk membina istana datang dari Dungun dan diselia oleh Tengku Panglima Besar Tengku Muda Kechik. Bekalan batu-bata dan kapur pula diuruskan oleh Tengku Besar Paduka Indera.

Istana Maziah pada asalnya dibina dengan menggunakan campuran bahan binaan iaitu kapur, tanah liat, garam pasir, putih telur dan gula. Hampir 20 tukang kayu keturunan Melayu dan Cina bertanggungjawab dalam pembinaan Istana Maziah ketika itu.

Beberapa pengubahsuaian turut dilakukan sepanjang zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920 -1942) dan Sultan Ismail Nasiruddin Shah (1945- 1979). Tambahan turut dibuat ke atas istana pada 1972 dan 1998.

Tips

Istana Maziah adalah kediaman rasmi Sultan Terengganu. Ia terletak di Bukit Puteri, Kuala Terengganu, Terengganu.

Pengangkutan


Kapal terbang, kereta, bas atau teksi

Anda boleh ke Istana Maziah menggunakan Jalan Zultan Zainal Abidin atau Jalan Hiliran. Untuk ke Terengganu, anda boleh menggunakan kapal terbang, kereta, bas atau teksi.

Penginapan

Terdapat pelbagai kemudahan penginapan di sekitar Kuala Terengganu untuk kemudahan pengunjung ke sini.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP